SMA!!
Assalamualaikum everyone..
Lama tak update blog.Busy naw lately. Haha.. Okeyh malam ni aku nak cerita pasal SMA, sebab aku tak tau nak cerita apa dah..SMA stand for Sijil Menengah Agama. Not every secondary school ade exam ni, hanya sekolah menengah agama negeri sahaja di seluruh Malaysia. 😄..Haha.. Mungkin agaknye tajuk ni tak berapa nak menarik.. Tapi kisah ape aku nak cerita jugak..😋
SMA ni menggunakan kitab-kitab silibus dari Al-Azhar, itu menurut apa Yang aku tahu lah kan..tapi idoklah kiteorang belajar kitab segedebuk gitu haa..ustaz dan ustazah kami buat nota ringkasan dari kitab2 tersebut..Susah ke SMA? Tak susahlah, tapi die memang memerlukan skill penghafalan Yang berkesan.. Haha..
Ingat lagi tahun lepas abah ade cakap, "kalau aishah rasa tak mampu nak ambil SMA,boleh tukar sekolah.sebab abah tahu menda2 yang memaksa ni menyakitkan.jadi abah tak nak paksa." Can u imagine how kind my father was? 😭😭..Mula2 memang aku rasa aku tak boleh nak go dengan subjek2 agama..form 1 okeyh lagi,masuk form 2 sampai aku menangis ha tepi tingkap kelas sebab ngapal tafsir x masuk2...nasib baik kelas tak ada pelajar lelaki,so aishah boleh nangis selak sikit pastu lap guna langsir kelas...hahahha....so that year la yang buat aku fobia dengan subjek agama...naik form 3 ade je lagi subjek ni,tapi cikgu macam focus more to the academic subjects,yelakan nak pt3..so okey lagi.. Tapi bila naik form 4 kami ade exam SMA, fobia aku dahla tak habis lagi..kene belajar subjek2 agama ni pulak.. Cuak habis dah aku nak naik tahun ni waktu tahun lepas.Bukanlah kate subjek agama ni membebankan,tapi orang yang menuntut ilmu agama ni memang cabaran die lebih sikit.Allah nak uji sama ada die ikhlas atau tak..ataupun menghafal semata2 untuk exam sahaje..na'uzubillah min zalik.
Belajar ilmu akhirat ni semestinya ada ganjaran nye di akhirat kelak.InshaaAllah..sedikit sebanyak boleh bantu kita di Alam barzakh nanti kan? 😉 okeyh, berbalik pada cerita sadis aku, tahun ni adalah tahun paling hectic aku,tahun paling busy,tercungap aku dibuatnye.Dengan subject science yang memerlukan tahap pemikiran yang kritis,dengan subjek agama yang memerlukan kefokusan dalam penghafalan, boleh buat bunuh diri kalau hati xda iman.Memang stress giler..Ya Allah..Allah je tahu betapa aku dying tahun ni.Kalau nak tahu,tahun ni tahun yang mencipta sejarah dalam hidup aku.aku ada gagal dalam exam.Allah😢😢....Ini pun menyebabkan aku stress.Tahun ni juga mencipta sejarah aku nangis sebab lelaki..sebab tu aku tak minat sekelas dengan lelaki...eh eh jangan salah faham pulak,aku tak dak hubungan apa2 pun,cuma aku dikurniakan oleh Allah swt hati yang sangat mudah terkoyak dek kata2 dan perbuatan..(peh2 kepoyoan apakah dimalam ini 😷) even budak lelaki tu Lulus math aku gagal pun aku menangis dkt court asrama.. Hahaha..
Aku lebih suka kelas aku semua perempuan macam tahun2 sebelum ini. You know kan bila sekelas dengan lelaki ni,haha..kadang satu perkara tu depa anggap remeh je,tapi perempuan ni emosi lebih,.Biasalah perempuan...macam sebelum ni aku x kenal sangat budak lelaki,dan depa pun x kenal aku sangat,so dekat sini hidup aku aman dan damai😊.tapi tahun ni aku kenal ramai budak batch,so🙁 tak tau nak cakap ape..Bukanlah aku anti-lelaki.Tak boleh eh, sebab Allah berfirman dalam al-quran : الرجال قوامون على النساء. So aku kena hormat depa anyway. Cuma, sedikit kekesalan atas sikap mereka.haha.. Sorry. 😁😁
Okeyh, dekat sini environment dalam kelas pun memberi kesan ye adik2..😃😃.. Takpelah, apepun Yang berlaku this year is already coming to the end. Sekarang ni aku dah start SMA. 13/10-3/11 lama en? Pastu sambung terus exam akhir tahun for academic subjects..Aku yakin Allah beri ujian ni pada aku sebab dia tahu aku boleh hadapinya.Allah tak zalim pada hambanya.Sebanyak mana yang aku usaha itulah yang aku dapat kan?InshaaAllah..mohon doa dari kalian..😘..aku yakin cerita sadis aku ni Akan bertukar menjadi cerita gembira.doakan aku ya!. wassalam.
Semoga Allah redha,semoga Allah berkati,semoga Allah bantu..aameen..🙂😄
Comments
Post a Comment